Thursday, November 18, 2010

Islam dan Melayu.

kalau kita lihat hari ni. ramai umat islam dan melayu di negara ini berpecah belah. ini semua disebabkan berlainan fahaman politik. kerana fahaman politik yang sempit dan terlalu taksub untuk mendapatkan jawatan tertentu sehingga ada pihak yang sanggup menjual agama dan bangsanya sendiri. sampai ada yang sanggup memburukkan negara sendiri kepada orang luar. lupa akan agamanya dan bangsanya. umat islam dan melayu perlulah bersatu. supaya kita tidak diperlekehkan oleh bangsa dan agama lain. carilah perpaduan di antara kita. jika kita tak berbalah antara satu sama lain insyaAllah Allah akan memberi keredhaannya kepada kita. kawan-kawan, aku tau aku masih tidak layak untuk bercakap tentang ini. tetapi janganlah kita terlalu leka sehingga bangsa kita dipijak tetapi kita masih berdiam diri. aku hanya ingin mengingatkan korang. jangan sampai anak-anak kita, anak-anak islam kita menjadi mangsa terhadap pihak yang sanggup menggadai maruah agama dan bangsa kita kepada orang lain. kerana sejarah akan menilai kita. sekian. wasalam.

Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment